Thursday, 15 November 2012

Kaedah Mengajar Lagu

KAEDAH MENGAJAR LAGU Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah: a) Kaedah keseluruhan lagu b) Kaedah baris demi baris c) Kaedah solfege Kaedah keseluruhan lagu Sesuai untuk mengajar lagu pendek. Langkah-langkah: a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya. b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik. c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang. d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya. e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. Kaedah baris demi baris Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Langkah-langkah: a) Memperdengar keseluruhan lagu. b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming. c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris. d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is. e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik. f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. Kaedah Solfege dengan isyarat tangan. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak (movable ‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik. Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut: • so mi • la so mi • la so mi re • la so mi re do • la so mi re do la • la so mi re do la so • la so fa mi re do • ti la so fa mi re do • do` ti la so fa mi re do • do re mi fa so la ti do`

Sunday, 11 November 2012

Muzik Gamelan

ASAL-USUL Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha. Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan sebagainya. JENIS-JENIS GAMELAN 1)Gamelan Jawa 2)Gamelan Bali 3)Gamelan Sunda 4)Gamelan Banyuwangi 5)Gamelan Kromong ALAT-ALAT GAMELAN DI MALAYSIA 1)BONANG Bonang merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan melodi pokok atau satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai permulaan lagu khususnya untuk penghias lagu. 2)GAMBANG Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Pemain tersebut memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau. 3)KENONG Kenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong. 4)SARON i)Saron Demong Saron demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. ii)Saron Penerus Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demo dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong. Iii)Saron Pekin Teknik perdan yang diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring. 5)GONG Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. 6)GENDANG Gendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau tinggi.Gong dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran yang tinggi didalam permainan kerana tidak mudah untuk diberi notasi.

Sunday, 4 November 2012

Sejarah piano

Asal mula kata piano sebenarnya adalah pianoforte, yang berasal dari bahasa Italia. Piano dibuat oleh Bartolomeo Cristofori pada tahun 1720-an. Awal mula piano diciptakan, suaranya tidak sekeras piano yang dapat didengar pada abad 20-an. Pasalnya, tegangan tuts piano kala itu tidaklah sekuat piano yang sekarang. Kini, piano pertama tersebut dipajang di Metropolitan Museum of Art di New York. Seperti pada banyak penemuan yang lainnya, piano ditemukan berdasarkan penemuan teknologi. Asal muasalnya, piano dikembangkan dari alat musik kecapi. Perbedaannya, kecapi dimainkan dengan dipetik. Sedangkan piano ditekan tuts-tutsnya. Secara umum, piano termasuk ke dalam kelompok musik instrumental. Piano memproduksi suara dari getaran papan suara yang volumenya dapat diperkuat (dapat diatur besar kecilnya). Secara luas, piano di dalam musik dapat menjadi performa pada nyanyian tunggal dan sebagai pengantar nyanyian solo. Dalam artian, piano dapat hidup dan mengiringi penyanyi tanpa bantuan atau iringan alat musik lain. Suara yang dihasilkan piano sudah dapat mewakili alat musik lainnya. Meskipun demikian, piano akan lebih berarti lagi didengar dengan bantuan alat musik lain. Yang perlu ditekankan di sini, piano dapat mengalun indah tanpa bantuan alat musik lain. Tidak sama halnya dengan alat musik lain, yang kurang enak didengar tanpa dilengkapi piano. Banyak musik-musik instrumen yang bersinar karena andil dari piano. Perkembangan Piano Pada akhir periode 1790 sampai 1860, piano era Mozart mengalami perubahan yang hebat, dimana instrumen modern semakin terlihat memimpin. Pada revolusinya, piano banyak mendapat dukungan dari komposer dan pianis-pianis terkenal yang mengiringi perkembangannya. Sehingga piano dalam musik semakin memiliki power yang tinggi. Teknologi dalam pembuatan piano pun semakin menggunakan alat-alat berteknologi tinggi. Dalam beberapa waktu, gaya suara piano meningkat. Dari 5 oktav menjadi 7 1/3 (atau bahkan lebih) oktav, ini menandakan piano semakin modern. Kemajuan teknologi ini banyak bersumber dari perusahaan di Inggris, Broadwood. Selama bertahun-tahun, instrumen buatan Broadwood mengalami perkembangan menjadi lebih banyak jenisnya, lebih baik suaranya, juga dikemas secara baik dan rapi. Perusahaan Broadwood mengirim piano mereka kepada Hadyn dan Beethoven. Cakupan kemampuan piano yang mereka kirim itu lebih dari lima oktaf. pada tahun 1790an, tahun 1810 menyusul menjadi enam oktav, sampai pada tahun 1820 akhirnya menjadi tujuh oktav. Sampai-sampai banyak perusahaan pembuat piano mengikuti trend ini. Bercerita tentang piano sama halnya seperti menceritakan seorang superstar. Seperti layaknya seorang superstar, piano yang terkenal itu juga banyak dikagumi berbagai kalangan. Piano bisa masuk dalam industri musik dan perfilman, yang dengan mudahnya dilihat dan didengar siapa saja. Sejak tahun 1830-an, konser piano selalu di idolakan banyak penggemar musik. Setiap para pianis terkenal menggelar konsernya, kerap kali dipadati oleh para penggemar. Mereka selalu berbondong-bondong mengantri tiket konser piano seperti semut. Karena bagaimanapun juga, piano bisa masuk ke hampir seluruh musik terkenal. Contoh pada ke-27 konser piano yang digelar Mozart. Konser ini benar-benar merupakan konser musik instrumental yang tanpa bantuan iringan penyanyi ternyata tetap dapat lebih dinikmati. Inilah kehebatan yang dimiliki alat musik piano. Permainan pada konser piano bisa terlaksana dengan baik secara solo (sendirian), duo (berdua), trio (bertiga), maupun kuartet (berempat). Hal ini telah dibuktikan sejak lama oleh para pianis terkenal seperti Mozart, Hadyn, Beethoven, Schubert, Schumann, Mendelssohn dan Brahms. Salah satu peran piano dalam industri perfilman adalah sebagai alat musik yang mengiringi jalannya film tersebut. Dapatkah loe membayangkan jika film yang loe tonton tidak didukung oleh latar belakang musik? Piano sangat lekat dengan alur-alur cerita dalam film. Jika pada film itu ceritanya sedih, diputarkanlah alunan musik piano yang lagunya sedih atau melow, sedangkan jika film itu seru (misalnya film aksi), maka diputarkanlah musik yang membuat adrenalin naik. Kesemua ini senantiasa diperankan oleh piano.[qjuo.com]

Friday, 2 November 2012

Jom Santai

Alat Muzik Tradisional

Jom Kenali Alat Muzik Tradisional gendang Gendang pula terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang penganak.Gendang dihasilkan dengan sebatang kayu yang ditebuk.kayu yang lazimnya digunakan untuk membuat gendang ialah kayu nangka. Setiap gendang mempunyai dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan kulit lembu yang diikat pada gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.Gendang boleh dimainkan bersama serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana bunyi gendng boleh dimanipulasi mengikut keaadaan. Gendang penting untuk meminkan muzik wayang kulit,Gendang keling,muzik silat dan muzik-muzik tradisional yang lain. seruling Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik. gedombak Gedombak adalah gendang dua muka iaitu 'compound hole' tetapi pada sebelah permukaan besar sahaja telah diregangkan dengan kulit dan pada permukaan satu lagi dibiarkan terbuka. Ia berbentuk seperti piala iaitu 'goblet-shaped'. Baluhnya diperbuat daripada kayu jenis keras, lazimnya daripada kayu nangka ataupun angsana. Pada permukaannya diregang ataupun dirambing dengan belulang daripada kulit kambing sebagai bahan bunyi dengan menggunakan kaedah siratan tali rotan yang halus. gong Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional melayu. Gong diperbuat daripada logam . Antara logam yang selalu digunakan ialah tembaga dan besi. Ia dimainkan dengan cara mengetuk secara berselang seli dan lazimnya dimainkan bersama bonang,gendang dan serunai. Ia diaminkan dalam muzik gendang silat,gendang keling dan gamelan. angklung Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu. Batang-batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang. Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor. Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi. serunai Serunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara tiupan. Terdapat pelbagai jenis serunai dan bentuk serunai. Serunai yang paling terkenal dalam seni muzik di Malaysia ialah serunai Kedah dan serunai Kelantan.Serunai dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis kayu yang mudah ditebuk. Kayu daripada pokok cili merupakan antara kayu yang popular bagi menghasilkan alat muzik ini. Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang keling,gendang silat.wayang kulit dan sebagainya. sape Sape adalah sejenis alat muzik tradisional masyarakat orang ulu atau penduduk ulu di sungai di Serawak.Sape berasal dari kaum Nayan.Sape juga merupakan satu alat muzik petik yang mempunyai bunyi yang unik.Ia berbentuk lebar, mempunyai tali, bertangkai kecil dan lebar lebih kurang 1 meter. Sape diperbuat dari batang kayu yang ditebuk dan mempunyai ukiran corak warna yang unik.Alat muzik ini dulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan. kompang Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular dalam masyarakat Melayu.Ia tergolong dalam alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya dibuat daripada kulit kambing.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. geduk Geduk merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai dua muka.Pada kebiasaannya bingkainya dibuat dari kayu nangka.Ia biasanya dimaihkan dalam permainan wayang kulit atau menora dan dimainkan secara berpasangan geduk ibu dan geduk anak.Sepasang pemalu kayu digunakan untuk memainkannya. gambus Gambus adalah alat muzik petik seperti mandoloin yang berasal dari Timur Tengah iaitu dari Turki dan Mesir.Di datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1800 dan paling popular di Negeri Johor.Gambus dimainkan diiringi gendang. rebana ubi Rebana ubi ialah sejenis alat muzik yang dikelaskan sebagai gendang, dimain dengan cara dipukul dengan pemalu.Rebana ubi lebih besar dari rebana biasa.Diameter rebana ubi adalah sekurang-kurangnya 70 cm dan tingginya 1 meter.Bergantung kepada saiznya rebana ubi boleh digantung melintangg atau diletakkan di atas lantai.

Warisan Boria : Sejarah Boria

Sejarah Boria



Latar Belakang Sejarah :
Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Dibawa oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19.

Pada mulanya sebagaimana amalan Syiah, mereka melahirkan kedukaan di atas peristiwa tersebut dengan menyeksa diri sendiri. Namun, perubahan masa dan sekatan terhadap penyebaran pemahaman Syiah menyebabkan boria mengambil bentuk baru.

Menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan/sketsa, tarian (para sailor) dan nyanyian rangkap bersyair diketuai seorang penyanyi yang dikenali sebagai Tukang Karang. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin menarik persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain.

Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan hendaklah sesuai, jika cerita Arab maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab. Begitu juga dengan muzik dan tarian yang dimainkan juga mirip bentuk Arab termasuklah bahasa yang digunakan pun telor Arab. Sketsanya banyak unsur nasihat berdasarkan isu semasa/isu keluarga dalam mengharungi kehidupan seharian.